Program Cuti Sekolah – Hari Keempat
31 Ogos 2017 | Aktiviti Terkini
Rabu, 30 Ogos 2017 – Hari keempat dan terakhir Program Cuti Sekolah di PI Linggi. Kali ini peserta yang hadir adalah seramai 10 orang dan terdiri dari umur 8-10 tahun.
Sebelum kelas bermula pada jam 10 pagi, peserta diajak menyanyi lagu-lagu patriotic seperti Gemuruh dan Sehati Sejiwa untuk sesi memanaskan badan. Ini bagi menerapkan rasa cintakan negara dan menyemai semangat kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 yang akan disambut pada esoknya.
Tenaga pengajar iaitu Puan Norhapidah (Penolong Pengurus PI Linggi) hari ini mengajar peserta tentang apa itu internet? Peserta ditayangkan dengan video yang menerangkan tentang internet dan kemudian mereka akan dikehendaki menjawab soalan kuiz yang diberikan berdasarkan penerangan di dalam video tersebut. Peserta amat teruja dan berebut-rebut untuk menjawab soalan kerana peserta yang mendapat markah tertinggi akan menerima hadiah.
Seterusnya, peserta diajar untuk membuat latihan matematik menggunakan kaedah e-learning di laman web http://www.e-learningforkids.org/math/lesson.
Program Cuti Sekolah hari terakhir ini ditamatkan pada jam 12 tengahari dengan sesi penyampaian hadiah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: